Pendekatan dakwah guru pembimbing asnaf mualaf dalam Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM) di Selangor / Raba’ahadawiah Ahmad @ Yunus

Ahmad@Yunus, Raba’ahadawiah (2023) Pendekatan dakwah guru pembimbing asnaf mualaf dalam Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM) di Selangor / Raba’ahadawiah Ahmad @ Yunus. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pendekatan dakwah Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) terhadap golongan mualaf kendalian Lembaga Zakat Selangor (LZS) diaplikasikan melalui Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM). Ia merupakan tunjang utama dalam proses mendidik mereka memahami asas pengetahuan Islam. Terdapat kelemahan dari pihak GPAM yang kurang menguasai kemahiran penyampaian dakwah yang berkesan dan kurang terdedah dengan teknik-teknik untuk menarik minat pelajar dalam memahami pembelajaran dalam kelas. Kajian ini akan mengenalpasti konsep dakwah GPAM dalam KFAM di negeri Selangor. Menganalisis juga pendekatan dakwah yang digunakan oleh GPAM melalui KFAM. Selain itu, mencadangkan penambahbaikan terhadap pendekatan dakwah KFAM di negeri Selangor. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan yang merangkumi sumber primer dan sekunder. Temu bual semi struktur dilaksanakan terhadap enam ahli akademik yang pakar dalam bidang dakwah mualaf, seorang pegawai bahagian Eksekutif Pembangunan Mualaf dan 10 orang GPAM dari enam kawasan di negeri Selangor. Pemerhatian turut dilakukan. Manakala metod analisis data kajian pula menggunakan kaedah deduktif, induktif, analisis dokumen dan tematik analisis berdasarkan tema-tema tertentu. Hasil kajian ini mendapati bahawa GPAM menggunakan konsep dakwah Rasulullah SAW yang bersifat tura>th seperti dakwah dengan hikmah, qudwah hasanah dan teknik pengulangan. GPAM juga mengaplikasi pendekatan kontemporari seperti dakwah interaktif menggunakan alat bantu mengajar elektronik, teknik kaunseling dan amali di luar kelas. Kajian ini turut mengemukakan strategi terhadap mualaf yang berpotensi menjadi pendakwah. Justeru, diharapkan ia memberi manfaat kepada LZS sebagai garis panduan untuk GPAM secara khusus dalam membimbing mualaf melalui KFAM khususnya di Selangor dengan lebih berkesan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad@Yunus, Raba’ahadawiah
2017353139
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yaakub, Ezani
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Missionary work of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Relation of Islam to other religions
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari – IC780
Keywords: Dakwah Islam, guru pembimbing asnaf mualaf, kelas fardu ain
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107288
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 107288.pdf] Text
107288.pdf

Download (311kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

107288

Indexing

Statistic

Statistic details