Pembentukan generasi Ulul Albab melalui pendekatan psikologi dakwah: analisis teks Kitab Tafsir Al- Azhar karangan Hamka / Mohd Azmani Firdaus Abd Razak Husin

Abd Razak Husin, Mohd Azmani Firdaus (2024) Pembentukan generasi Ulul Albab melalui pendekatan psikologi dakwah: analisis teks Kitab Tafsir Al- Azhar karangan Hamka / Mohd Azmani Firdaus Abd Razak Husin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Ulul Albab merupakan sebuah generasi berakhlak dan memiliki kualiti yang baik menurut al-Quran. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri positif seperti kumpulan Ulul Albab merupakan suatu matlamat yang ingin dicapai dalam Islam. Terdapat 16 ayat di dalam al-Quran yang menyebut tentang kisah berkaitan generasi Ulul Albab daripada sudut latarbelakang sejarah dan akhlak serta keimanan yang dimiliki kumpulan ini. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah yang digunakan oleh HAMKA dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang kompeten menurut tafsir al-Azhar, mengkaji penafsiran HAMKA terhadap ayat-ayat berkaitan Ulul Albab dalam al-Quran dan membina sebuah model yang kompeten dalam melahirkan generasi Ulul Albab berdasarkan tafsiran HAMKA dalam kitab tafsir al-Azhar. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan berteraskan kepada kajian perpustakaan dan dokumentasi teks tafsir al-Azhar karangan HAMKA. Penyelidik menggunakan analisis secara deskriptif untuk menganalisis dokumen tafsir al-Azhar dan membentuk model Ulul Albab mengikut tafsiran HAMKA. Oleh demikian, dalam usaha untuk membangunkan generasi Ulul Albab yang kompeten, satu model dibina bersandarkan kepada tafsiran HAMKA dalam kitab tafsir al-Azhar bagi membangunkan generasi masyarakat dan individu yang hebat selaras dengan keperluan era kontemporari. Berdasarkan daripada model yang dibina, Malaysia dapat melahirkan lapisan generasi yang berfikiran kritis meliputi perspektif aqliyah dan naqliyah berlandaskan psikologi dakwah melalui lima elemen penting yang dianalisis daripada kitab tafsir Al-Azhar.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Razak Husin, Mohd Azmani Firdaus
2021956329
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ismail, Syaimak
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Functionaries. Ulama. ﻋﻠﻤﺎء
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Ulul Albab, psikologi dakwah, tafsir al-Azhar, Hamka
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107205
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 107205.pdf] Text
107205.pdf

Download (279kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

107205

Indexing

Statistic

Statistic details