Abstract
Isu tidak bersyukur dengan nikmat Allah merupakan satu masalah yang semakin ketara dalam kalangan masyarakat moden hari ini. Kehidupan yang semakin pantas, tekanan sosial dan pengaruh teknologi membawa kepada peningkatan rasa tidak puas hati serta kurang penghargaan terhadap nikmat yang telah dianugerahkan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, antaranya; Pengaruh materialisme; ramai individu cenderung menilai kejayaan dan kebahagiaan berdasarkan kekayaan dan kemewahan material. Gaya hidup yang mewah dan perbandingan sosial melalui media sosial membawa kepada sikap tidak puas hati dan tamak. Menurut kajian oleh Ahmad (2019), apabila seseorang membandingkan kehidupannya dengan orang lain yang lebih kaya atau berjaya, mereka cenderung untuk tidak bersyukur dengan apa yang mereka miliki, walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan yang selesa. Selain itu, perkembangan teknologi, khususnya media sosial, memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada masalah ini. Kajian oleh Salleh & Hamid (2020) menunjukkan bahawa platform seperti Instagram dan Facebook sering memperlihatkan gaya hidup yang glamor dan berjaya, menyebabkan ramai orang merasa bahawa hidup mereka kurang bernilai jika dibandingkan. Ini membawa kepada perasaan iri hati, kurang puas hati, dan akhirnya hilang rasa syukur terhadap nikmat yang ada.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Media sosial, gaya hidup, mewah, syukur |
Date: | November 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106951 |