One Hour Clean Up / Nur Husna Hazirah Mohd Ismail and Nur Aqmar Anuar

Mohd Ismail, Nur Husna Hazirah and Anuar, Nur Aqmar (2024) One Hour Clean Up / Nur Husna Hazirah Mohd Ismail and Nur Aqmar Anuar. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Satu program gotong-royong bertemakan One Hour Clean Up telah berjaya dilaksanakan pada 21 Jun 2024 yang lalu, dengan penuh semangat kerjasama dan kesedaran sivik di kalangan penghuni kolej kediaman. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Siswa Sihat (PROSIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR), Unit Kesihatan & Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban, serta Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban. Sebanyak RM700 telah diluluskan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Seremban untuk menjayakan program ini. Program One Hour Clean Up merupakan penjenamaan semula kempen cari dan musnah bagi menangani masalah denggi yang giat dijalankan di seluruh Malaysia. Oleh itu, program ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan sekitar kampus khususnya di kawasan kediaman pelajar yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes, yang menjadi punca utama kepada penularan wabak denggi. Ia merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan umum dalam kalangan warga kampus, termasuk pelajar, staf, dan komuniti setempat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ismail, Nur Husna Hazirah
UNSPECIFIED
Anuar, Nur Aqmar
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
ISSN: 3030-6752
Keywords: Jawatankuasa Program Siswa Sihat, PROSIS, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, JPK, UiTMCNS
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105934
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105934.pdf] Text
105934.pdf

Download (666kB)

ID Number

105934

Indexing

Statistic

Statistic details