Abstract
Isu penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia merupakan satu cabaran yang kompleks. Walaupun Malaysia secara rasmi merupakan negara Islam dan kebanyakan pelajar universiti beragama Islam, terdapat pelbagai masalah yang menghalang penerapan nilai-nilai Islam secara berkesan. Antara isu-isu yang dikenalpasti adalah pengaruh budaya asing, kekurangan pendidikan agama yang mantap serta persekitaran sosial yang tidak membantu dalam membentuk nilai-nilai Islam. Salah satu masalah utama ialah pengaruh budaya Barat dan sekularisme yang semakin kuat. Budaya ini sering kali mempromosikan gaya hidup bebas yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seperti pergaulan bebas, pemakaian yang tidak menutup aurat dan hiburan yang melampau. Persekitaran ini mendorong pelajar universiti menjauhi ajaran agama kerana ingin menyesuaikan diri dengan norma sosial moden. Kajian oleh Hamdi (2020) menunjukkan bahawa pengaruh media sosial dan hiburan Barat turut menyumbang kepada penurunan penghayatan agama dalam kalangan generasi muda yang lebih cenderung meniru gaya hidup hedonistik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Islam, pelajar, universiti, hedonistik |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105909 |