Polemik PBS dan PBD: UPSR dan PT3 perlu dikembalikan? / Hisam Satari

Satari, Hisam (2024) Polemik PBS dan PBD: UPSR dan PT3 perlu dikembalikan? / Hisam Satari. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pemansuhan peperiksaan taruhan tinggi seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilihat masih menimbulkan polemik dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa terutama yang mempunyai anak bersekolah di Tingkatan Tiga termasuk Tahun Enam seperti belum menerima hakikat pemansuhan peperiksaan terbabit. Sebaliknya, di negara ini ramai ibu bapa mendesak supaya peperiksaan taruhan tinggi seperti UPSR dan PT3 dikembalikan atas alasan dengan adanya peperiksaan ini, murid lebih bermotivasi dan cenderung untuk belajar. Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat empat komponan dalam PBS iaitu pentaksiran pusat (PP), pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan pentaksiran bilik darjah (PBD) Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, ia bertujuan membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Satari, Hisam
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Polemik PBS, PBD, UPSR, PT3
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105906
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105906.pdf] Text
105906.pdf

Download (602kB)

ID Number

105906

Indexing

Statistic

Statistic details