Abstract
Tiada siapa yang boleh menolak sifat-sifat kesempurnaan Nabi Muhammad SAW. Baginda telah diiktiraf sebagai pemimpin terulung di dunia. Di samping menjadi tokoh politik, pakar ekonomi, ketua masyarakat, imam solat jamaah, bapa dan suami mithali dan panglima tentera yang hebat, baginda juga boleh dianggap sebagai pendidik terbaik. Ketinggian akhlak dan peribadi Rasulullah SAW dirakam oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud “sesungguhnya pada diri Rasulullah itu bagi kamu adalah satu contoh tauladan yang baik” (Surah al-Ahzab: 21). Walaupun baginda ummi (tidak boleh membaca dan menulis) dan tidak menerima sebarang bentuk pendidikan formal, namun secara tidak formal baginda telah melalui proses pembelajaran dari Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril dan seterusnya proses pendidikan itu diaplikasikan dalam bentuk amali dan praktikal melalui proses pengajaran kepada para sahabat baginda. Method seumpama inilah yang telah diguna pakai dalam mana-mana sistem pendidikan kini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd Kamel UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | 2600-8289 |
ISSN: | Buletin ACIS |
Keywords: | Masyarakat, imam, solat jamaah, bapa, suami |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105903 |