E-Invoicing di Malaysia: manfaat dan cabaran / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

Mat, Mustafa Kamal and Azis, Saflina (2024) E-Invoicing di Malaysia: manfaat dan cabaran / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis. Buletin FPN S3, 8. ISSN 2805-4539

Abstract

E-invoicing, atau invois elektronik, melibatkan pertukaran invois secara elektronik antara perniagaan dan pihak berkuasa cukai. Ia direka untuk menggantikan invois kertas tradisional, yang membolehkan perniagaan menjana, menghantar, dan menerima invois dalam format digital. Peralihan ini adalah sebahagian daripada strategi lebih luas Malaysia untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan memperkemas pentadbiran cukai, seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pelaksanaan e-invoicing ini merupakan satu inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, dan meningkatkan pematuhan dalam ekosistem perniagaan. Peralihan daripada invois berasaskan kertas tradisional kepada format digital dijangka akan memperkemas transaksi kewangan dan memudahkan pengumpulan data secara masa nyata, selaras dengan trend global ke arah digitalisasi. Pelaksanaan ini telah bermula pada 1 Ogos 2024 yang lalu, telah menyasarkan pembayar cukai dengan pendapatan tahunan melebihi RM100 juta dan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk membolehkan perniagaan menyesuaikan diri secara beransur-ansur.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat, Mustafa Kamal
UNSPECIFIED
Azis, Saflina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN S3
ISSN: 2805-4539
Volume: 8
Keywords: E-invoicing, invois elektronik, Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105887
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105887.pdf] Text
105887.pdf

Download (4MB)

ID Number

105887

Indexing

Statistic

Statistic details