Abstract
Pengalaman selama enam tahun sebagai ahli Jawatankuasa Tatatertib Akademik telah membuka mata saya terhadap pelbagai realiti dunia pendidikan tinggi. Salah satu isu yang paling kerap dan menyedihkan adalah salah laku meniru dikalangan pelajar dalam peperiksaan akhir. Walaupun nampak remeh bagi sesetengah pelajar, perbuatan ini membawa implikasi serius yang boleh merosakkan masa depan akademik mereka. Suasana Perbicaraan: Setiap perbicaraan kes tatatertib akademik mempunyai suasana yang berbeza-beza, mencerminkan kepelbagaian emosi dan reaksi pelajar yang terlibat. Ada pelajar yang hadir dengan penuh keinsafan, dan ada tidak dapat menahan air mata apabila menyedari kesalahan mereka. Ada pula yang merasa malu, terutama apabila ditemani ibu bapa sebagai pemerhati. Saya pernah melihat pelajar yang cuba merayu agar hukuman diringankan dengan alasan mereka telah memberi banyak sumbangan kepada universiti. Namun, ada juga yang datang dengan penuh ego, menafikan kesalahan dan meletakkan kesalahan pada pihak lain.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Farrah UNSPECIFIED Mohd Sharip, Sharfizie UNSPECIFIED Md Kamdari, Nor’azurah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Sesal, Jawatankuasa Tatatertib Akademik, pelajar, remeh |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105574 |