Kelebihan memperbanyakkan niat dalam amalan / Dr. Ahmad Sabri Osman

Osman, Ahmad Sabri (2024) Kelebihan memperbanyakkan niat dalam amalan / Dr. Ahmad Sabri Osman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan (al-Mu’jam al-Wasith, 1021). Manakala menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan Edisi Keempat: 1080). Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh ulama antaranya oleh Imam al-Nawawi. Berdasarkan definisi di atas, bolehlah dirumuskan bahawa niat adalah lintasan dalaman hati pada saat ingin melakukan sesuatu perkara. Perbahasan mengenai niat merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Ini kerana niat memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu amalan itu menjadi ibadat atau sekadar adat semata-mata. Umum mengetahui bahawa Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala meletakkan hadis tentang niat sebagai hadis yang pertama dalam susunan hadis 40 beliau. Selain itu, Imam al-Ghazali telah membahaskan dengan panjang lebar tentang perkara niat ini di dalam kitabnya Siyarus Salikin, oleh Syeikh Abdus Samad al-Jawi al-Palembani, juz 4, halaman 300-310, kata beliau:” Ketahuilah bahawa niat, iradat dan qasad di dalam hati itu merupakan ibarat-ibarat yang disebut untuk pengertian yang satu iaitu keadaan dan sifat hati yang diliputi oleh dua perkara: ilmu dan amal.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Ahmad Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Niat, amalan, ibadat, Muslim
Date: September 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104824
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104824.pdf] Text
104824.pdf

Download (645kB)

ID Number

104824

Indexing

Statistic

Statistic details