Mencontohi Rasulullah SAW sebagai tokoh perpaduan / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Mencontohi Rasulullah SAW sebagai tokoh perpaduan / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Rasulullah SAW adalah contoh seorang pemimpin sama ada dari sudut spiritual sebagai seorang imam solat mahupun kepimpinan dalam aspek politik sebagai ketua negara. Baginda adalah utusan Allah SWT yang membawa risalah Islam kepada umat manusia, mengajarkan tauhid (keesaan Allah) dan memberikan petunjuk tentang bagaimana menjalani kehidupan yang benar sesuai dengan ajaran Islam. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkarisma terutama sekali apabila baginda bergaul dan bermuamalah dengan para sahabat. Sebagai contoh dalam pembinaan Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah SAW dan para sahabat di Madinah. Pembangunan Masjid Quba menjadi simbol persatuan, kerja sama, dan semangat gotong royong di kalangan umat Islam. Ketika Rasulullah SAW tiba di Quba, sebuah daerah di luar Madinah, baginda memutuskan untuk mendirikansebuah masjid sebagai tempat ibadah dan pusat kegiatan umat. Rasulullah SAW sendiri ikut serta dalam prosespembangunan masjid ini. Beliau bersama para sahabatbergotong royong mengangkut batu-batu dan bahanbangunan lainnya. Semua orang, tanpa memandang status atau kedudukan, turut serta dalam pembangunan masjid ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Rasulullah SAW, perpaduan, tauhid, Madinah, Masjid Quba
Date: September 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104818
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104818.pdf] Text
104818.pdf

Download (961kB)

ID Number

104818

Indexing

Statistic

Statistic details