Media sosial dan semangat patriotisme di kalangan Generasi Alpha / Dr Faridah Pardi and Nur Fadhlina Zainal Abedin

Pardi, Faridah and Zainal Abedin, Nur Fadhlina (2024) Media sosial dan semangat patriotisme di kalangan Generasi Alpha / Dr Faridah Pardi and Nur Fadhlina Zainal Abedin. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525

Abstract

Dalam era digital yang serba canggih ini, media sosial telah menjadi platform utama untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat. Generasi Alpha, yang merujuk kepada mereka yang lahir dari tahun 2010 dan seterusnya, hidup dalam era di mana media sosial memainkan peranan yang sangat penting. Seiring dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-67 pada 31 Ogos, kita perlu melihat bagaimana media sosial mempengaruhi semangat patriotisme dalam kalangan Generasi Alpha ini, serta potensi dan cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan mereka. Generasi Alpha merupakan generasi pertama yang dibesarkan sepenuhnya dalam era digital. Mereka terdedah kepada teknologi moden sejak lahir, dan media sosial menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian mereka. Platform seperti Instagram, TikTok, YouTube, dan Twitter bukan sahaja berfungsi sebagai saluran untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi juga sebagai sumber maklumat dan ruang untuk berinteraksi dengan pelbagai kandungan. Dalam konteks ini, media sosial memberikan pengaruh yang besar terhadap pandangan dan sikap mereka, termasuk dalam soal patriotisme.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pardi, Faridah
UNSPECIFIED
Zainal Abedin, Nur Fadhlina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Keywords: Media sosial, patriotisme, Generasi Alpha, Instagram, TikTok, YouTube, Twitter
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104607
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104607.pdf] Text
104607.pdf

Download (5MB)

ID Number

104607

Indexing

Statistic

Statistic details