Abstract
Terletak pada ketinggian sekitar 3,500 kaki di atas paras laut di kawasan timur laut Sarawak ialah dataran tinggi terkenal Bario, sebuah wilayah Kelabit, salah satu suku minoriti Orang Ulu di Sarawak. Bario bermaksud ‘Angin’ dalam bahasa Kelabit. Bario juga dikenali sebagai ‘tanah seratus salam’ kerana penduduk tempatan yang sangat mesra akan menyambut pelawat dan pelancong dengan cara ini ketika berjalan-jalan di sekitar komuniti ini. Bario merupakan sebuah daerah kecil yang menempatkan sekitar tiga belas kampung. Kampung Bario Asal adalah perkampungan Kelabit yang pertama, juga rumah panjang yang mesti dikunjungi yang mana pengunjung boleh melihat struktur rumah tradisi yang unik dari segi binaan dan juga penggunaan dapur kayu kuno yang masih digunakan untuk memasak sehingga ke hari ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Atlas, Ranee UNSPECIFIED Enggong, Tina Stephen UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Pelancongan, luar bandar, ekonomi, tanah tinggi, Bario |
Date: | September 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104483 |