Abstract
Saban hari, berita-berita kematian dan kecederaan teruk yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya tersiar di media media masa seiuruh negara. Keadaan ini telah mendorong saya untuk sama-sama merenung dan mengkaji kaedah penyelesaiannya. Walaupun bermacam-macan kempen telah dilancarkan oleh kerajaan, namun angka-angka kemalangan semakin meningkat setiap tahun. Persoalan sekarang dimanakah silapnya? Adakah kempen itu sendiri yang tidak berkesan atau media yang digunakan gagal berfungsi sepenuhnya. Didalam tesis ini tumpuan diberikan kepada peranan papan ïklan (billboard) dalam kempen keselamatan jalanraya yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Dengan meneliti urutan sejarah awal penggunaan papan iklan. Kita akan mengetahui tentang peranan sebenarnya sebagai media komunikasi dan penyampaian maklumat kepada orang ramai. Disamping itu juga papan iklan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dari segi menarik perhatian orang ramai untuk menghayati mesej yang hendak disampaikan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Diploma) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Raffin, Riza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Graphic Designer |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103267 |
Download
103267.PDF
Download (985kB)