Abstract
Seluruh dunia mengakui kesan buruk arak terhadap kesihatan dan pembangunan sosial. Walaubagaimanapun, kehendak sesetengah cara hidup dalam budaya bagi sekelompok masyarakat tidak dapat menghalang permintaan dan penawaran dalam pasaran ekonomi tempatan mahupun global. Maka atas sebab demikian, arak dikategorikan sebagai salah satu bahan terkawal. Dari perspektif Islam, arak bukan sahaja dilihat dari aspek kesihatan dan sosial malah yang lebih utama adalah pematuhan terhadap prinsip halal dan haram untuk kesejahteraan manusia. Islam juga mengiktiraf hak orang bukan Islam terhadap arak sesuai dengan kadarnya di bawah pemerintahan Islam. Realiti di Malaysia, sungguhpun Islam adalah agama rasmi persekutuan yang dilindung di bawah perlembagaan bahkan Malaysia dikenali sebagai negara Umat Islam atau sesetengah pihak menamakan ianya sebagai Negara Islam, tetapi Malaysia menguguli pasaran saham arak di rantau Asia Tenggara ini. Kekuatan pasaran ekonomi arak di Malaysia telah menimbulkan polemik yang berterusan khususnya kepada umat Islam di Malaysia. Kesan dari respon masyarakat, maka terdapat kepelbagaian pemerkasaan dalam undang-undang kawalan arak di peringkat negeri-negeri dan juga persekutuan. Hal ini menarik untuk diperhatikan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Justeru kajian ini mengaplikasi kaedah analisis kandungan melalui data sekunder untuk memenuhi objektif kajian yang ingin menganalisis undang-undang berkaitan arak dari perspektif seni sosiologi dakwah. Hasil kajian mendapati bahawa undang-undang kawalan arak dalam konteks negara Malaysia melibatkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan dengan bidang kuasa, peranan dan objektif masing-masing. Pendekatan kawalan yang digunakan dapat ditemakan kepada beberapa pendekatan seni dalam berdakwah dalam konteks mencegah kemungkaran (nahy munkar) dengan mengaplikasi kaedah sosiologi. Kesimpulannya, walaupun perkataan undang-undang secara zahirnya membawa refleksi disiplin, ketegasan dan sesuatu yang serius, namun dalam merangka dan melaksanakan undangundang, ianya memerlukan sentuhan seni intelektual dan emosi melalui pemahaman terhadap ilmu kemasyarakatan iaitu sosiologi. Maka hal ini merupakan suatu bentuk aplikasi dakwah yang berhikmah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Abdul Majid, Nik Suhaida nik_suhaida@usim.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | Listed > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 7 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 14-26 |
Keywords: | Undang-Undang kawalan arak; Dakwah mencegah kemungkaran; Dakwah berhikmah; Sosiologi dakwah; Seni dakwah |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102280 |