Abstract
Kemerdekaan bukan sekadar bermaksud bebas daripada penjajahan fizikal atau penindasan kuasa asing. Sebaliknya, ia merangkumi kebebasan untuk membina dan mengurus negara dengan cara yang memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat. Dalam konteks ini, kemerdekaan adalah tentang kemampuan sesebuah negara untuk berdikari, membuat keputusan yang bijak, serta memajukan masyarakat berdasarkan nilai dan identiti sendiri. Kepimpinan merupakan elemen utama dalam perjuangan mencapai kemerdekaan sesebuah negara. Tanpa kepimpinan yang berwibawa, perjuangan menuntut kemerdekaan mungkin tidak akan mencapai kejayaan. Pemimpin yang berperanan dalam perjuangan kemerdekaan bukan sahaja perlu memiliki semangat patriotisme yang tinggi, tetapi juga kebijaksanaan dan pengetahuan yang mendalam untuk mengatur strategi, membina perpaduan, dan memobilisasi rakyat untuk mencapai matlamat yang sama
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz UNSPECIFIED Sharil, Suhaila UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Ilmu, kepimpinan, kemerdekaan, patriotism |
Date: | August 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101664 |