Abstract
Kehidupan masyarakat Acheh di Yan, Kedah telah bermula semenjak tahun 1888 lagi. Ada di kalangan mereka yang telah melepasi generasi keempat atau kelima yang menetap di Kampung Acheh. Namun, bagi sebilangan kecil masyarakat Acheh yang terdiri daripada generasi ketiga; mereka masih kekal dan kukuh dengan bahasa dan budaya Acheh walaupun telah berlaku asimilasi dengan masyarakat Melayu Kedah. Menelusuri sejarah kedatangan mereka ke Tanah Melayu, terdapat dua versi berbeza yang dapat dikaitkan dengan hal tersebut. Versi pertama merujuk kepada penghijrahan mereka ke daerah Yan pada sekitar kurun ke-18. Versi kedua pula menceritakan sebahagian orang Acheh yang turut sama berhijrah telah mendarat di Langkawi. Masyarakat Acheh sangat kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam sehingga mereka membina sebuah sekolah agama seusai kedatangan mereka di Yan. Masyarakat Acheh juga mewarisi keunikan budaya mereka tersendiri, di samping turut aktif bekerjasama mewujudkan gerakan perniagaan bagi mengukuhkan ekonomi mereka. Pelbagai aktiviti telah direncanakan oleh masyarakat Acheh di Yan antaranya penerbitan buletin yang dikenali dengan nama Narit Geutanyo, penulisan kamus Bahasa Acheh-Bahasa Malaysia-Bahasa Acheh, dan pembinaan galeri.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Andin Salamat, Azni Syafena azni_syafena@uitm.edu.my Ibrahim, Syazliyati syazliyati@uitm.edu.my Wan Omar, Maznah maznah199@uitm.edu.my |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Kedah (Malaysia) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | pp. 53-64 |
Keywords: | Acheh, Yan, Kedah, sejarah |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101241 |