Abstract
Merbok dan Bujang, dua mukim di Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Kedah yang dikenali sebagai tapak tanah kepada kawasan arkelogi Lembah Bujang, tinggalan tamadun Melayu tertua di Asia. Banyak perkara dan peristiwa yang telah dinukilkan di lembah ini termasuk tentang runtuhan-runtuhan candi, binaan, artifak-artifak dan peralatan purba yang ditemui, tidak kurang juga tentang sejarah kegemilangan masa silam yang panjang dan masih sedang dirungkai. Namun tidak ramai yang cuba merisik kisah dan makna yang diabadikan dalam nama-nama kampung Melayu tradisional yang menghuni lembah bersejarah ini. Nama-nama kampung di Merbok dan Bujang ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam susur galur masyarakat setempat. Nama sesuatu tempat kadangkala mempunyai konteks sejarah yang harus dipelihara. Nama sesuatu tempat juga boleh menggambarkan sifat-sifat persekitaran asal yang kini mungkin telah berubah ditelan arus masa dan kemodenan. Selain itu, nama tempat juga boleh memberikan gambaran kekayaan warisan, budaya, aktiviti ekonomi dan identiti masyarakat terdahulu. Sementelah golongan tua yang banyak menyimpan rahsia di sebalik nama-nama tempat ini telah ramai meninggalkan dunia yang fana ini. Beberapa individu yang masih hidup pula semakin dimamah usia. Asal usul nama-nama kampung di Merbok dan Bujang daripada cerita-cerita lisan penduduk-penduduk kampung wajar dicatatkan sementara mereka yang mempunyai pengetahuan tentangnya masih hidup dan sebelum asal usul tersebut dilupakan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammed, Syakirah syakirah@uitm.edu.my Abu Bakar, Syatirah syatirah@uitm.edu.my Sabir Ahmad, Sarah sarah342@uitm.edu.my Mohd Sirat, Nur Irinah irinah@uitm.edu.my |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Kedah (Malaysia) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | pp. 31-41 |
Keywords: | Merbok, Bujang, sejarah, cerita lisan |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101225 |