Abstract
Tanjung Dawai ialah sebuah pekan kecil di negeri Kedah. Pekan kecil ini terletak lebih kurang 74 kilometer dari bandaraya Alor Setar dan 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Tanjung Dawai terletak di dalam daerah Kuala Muda dan Parlimen Merbok. Di antara kampung-kampung yang terletak berhampiran Mukim Tanjung Dawai adalah kampung Kepala Tanjung, kampung KEDA, kampung Huma dan kampung Sungai Pial. Tanjung Dawai terkenal dengan pusat hasilan laut memandangkan pekerjaan utama penduduk di sini adalah nelayan dan petani. Kebanyakan hasil tangkapan laut diproses menjadi ikan masin, ikan kering, ikan bilis, pekasam dan hasilan makanan laut yang lain yang boleh dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Lebih dari separuh penduduk Tanjung Dawai merupakan penduduk yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kedatangan masyarakat luar dari Kelantan dan Terengganu ini juga membawa bersama mereka budaya perniagaan hasilan laut dan aktiviti nelayan yang diamalkan di negeri asal mereka. Kedatangan mereka ada yang membawa pengaruh yang membina dan ada juga membawa pengaruh-pengaruh yang boleh ditinggalkan. Masyarakat dari Pantai Timur ini gemar berkumpul sesama mereka dan terhasil lah budaya mereka sendiri. Kebaikan daripada budaya penduduk Pantai Timur ini ialah terhasilnya aktiviti perniagaan yang dapat meningkatkan ekonomi penduduk di Tanjung Dawai. Dengan penghasilan barangan buatan sendiri, hasil daripada tangkapan laut, maka produk ini boleh dipasarkan di Tanjung Dawai. Justeru, aktiviti ekonomi dan pelancongan untuk membeli hasil tangkapan laut dapat ditingkatkan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Omar, Maznah maznah199@kedah.uitm.edu.my Md Daud, Mazlifa mazlifa338@uitm.edu.my Ismail, Norhayati yati@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social structure H Social Sciences > HM Sociology > Social institutions |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | pp. 9-30 |
Keywords: | Tanjung Dawai, budaya, masyarakat |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101222 |