Faktor keagamaan dan sikap: perkaitan dengan pencarian maklumat produk makanan halal dalam kalangan keluarga Islam di Malaysia / Nor Azura Adzharuddin dan Siti Zanariah Yusoff

Adzharuddin, Nor Azura and Yusoff, Siti Zanariah (2018) Faktor keagamaan dan sikap: perkaitan dengan pencarian maklumat produk makanan halal dalam kalangan keluarga Islam di Malaysia / Nor Azura Adzharuddin dan Siti Zanariah Yusoff. Journal of Contempory Islamic Studies, 4 (1). pp. 29-47. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Maklumat merupakan satu input kognitif yang diperlukan oleh setiap individu. Umumnya, seseorang mencari maklumat berkaitan aspek kesihatan, teknologi, pertanian dan ilmu lain, namun kajian ini ingin melihat pencarian maklumat berkaitan produk makanan halal. Dalam konteks lambakan dan kecelaruan maklumat produk halal di pasaran, setiap individu Muslim sewajarnya lebih peka dalam setiap tindakan, terutamanya apabila melibatkan aspek makanan halal. Kajian ini memfokuskan kepada faktor yang menentukan aktiviti pencarian maklumat iaitu, faktor keagamaan dan sikap terhadap produk halal. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Kajian yang dilakukan di Bangi, Selangor ini melibatkan 340 buah keluarga Muslim yang diwakili oleh dua orang ahli keluarga iaitu ibu atau bapa dan anak melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan keluarga Muslim bersikap positif terhadap produk makanan halal dan prihatin akan setiap isu yang melibatkan produk makanan halal. Bagi faktor keagamaan pula, didapati ibu bapa dan anak-anak memiliki tahap keagamaan yang tinggi berdasarkan aspek yang diukur. Hasil kajian diharap dapat menambah pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat Muslim dan menjadi indikator kepada penyelidikan tentang pencarian maklumat produk halal. Dari sudut empirikal, kajian ini diharapkan mengembangkan lagi pencarian maklumat mengenai produk halal secara menyeluruh pada masa akan datang bagi memenuhi tuntutan agama ke atas setiap Muslim.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Adzharuddin, Nor Azuradrazura318@gmail.com
Yusoff, Siti ZanariahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
Journal: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies
ISSN: 0128-0902
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 29-47
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my
Item ID: 30405
Uncontrolled Keywords: Pencarian maklumat, Keagamaan, Sikap, Logo halal, Makanan halal
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30405

Download

[img] Text
30405.pdf

Download (334kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year