Analisis penggunaan komik Kaifa Haluka sebagai medium mempelajari asas bahasa Arab / Mohammed Iqbal Badaruddın ...[et al.]

Badaruddın, Mohammed Iqbal and Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakım and Mohd Zawawi, Mohd Zafian and Zakaria, Muhamad Zaidi and Mohd Yusof, Mohd Islah (2018) Analisis penggunaan komik Kaifa Haluka sebagai medium mempelajari asas bahasa Arab / Mohammed Iqbal Badaruddın ...[et al.]. In: Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2018 (KILIEX 2018), 15 August 2018, Dewan Profesional, UiTM Kelantan Branch.

Abstract

Perkembangan dunia dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih fleksibel dan mudah. Walaubagaimanapun, ianya boleh menjadi isu apabila kelebihannya tidak dimanfaatkan sebagai metod pembelajaran yang berkesan. Begitu juga pembelajaran secara tradisional boleh menyebabkan pelajar bosan dan tidak bermotivasi. Sehubungan dengan itu, satu inovasi komik digital pertama dengan penggunaan dwibahasa iaitu bahasa Arab (secara transliterasi) dan bahasa Melayu diketengahkan dengan tujuan menambahbaik proses pembelajaran, khususnya bahasa Arab. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauhmana penggunaan Komik Kaifa Haluka berupaya dijadikan medium mempelajari Bahasa Arab. Berdasarkan tinjauan, komik ‘kaifa haluka’ ini berupaya memberikan impak yang baik kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab terutamanya terminologi dan frasa asas dalam pertuturan. Penggunaan transliterasi sebagai panduan bacaan serta imbasan Qr-Code untuk mengakses video menjadikannya satu kelebihan dan novelti. Komik ini telah melalui fasa pembentangan di Staf Invention, Innovation & Design (SIID) UiTM Kelantan dan memperoleh pingat emas di samping anugerah ciptaan dan produk komersial terbaik. Ianya juga telah dibentangkan di International Invention, Innovation & Design (iiiD) di UiTM Seremban dan Invention, Innovation & Design Exposition (iiDEX) di Shah Alam dan memperoleh pingat gangsa. Sumbangannya dapat dilihat apabila mendapat respon penerimaan positif oleh pelajar UiTM Kelantan sebagai alat bantu belajar dan telah melalui fasa komersial untuk pengguna luar seperti guru bahasa Arab dan orang awam.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Badaruddın, Mohammed Iqbaliqbal686@uitm.edu.my
Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul HakımUNSPECIFIED
Mohd Zawawi, Mohd Zafianmohdzafian@gmail.com
Zakaria, Muhamad Zaidimuhazaidi@uitm.edu.my
Mohd Yusof, Mohd IslahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Alphabets. Calligraphy. Initials
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2018 (KILIEX 2018)
Event Dates: 15 August 2018
Page Range: pp. 56-59
Item ID: 30264
Uncontrolled Keywords: Inovasi pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran interaktif, penggunaan komik digital ‘kaifa haluka’
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30264

Download

[img] Text
30264.pdf

Download (444kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year