Pola penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam kelas bahasa Mandarin / Chong Geeng Ling and Teoh Joo Tong

Chong, Geeng Ling and Teoh, Joo Tong (2018) Pola penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam kelas bahasa Mandarin / Chong Geeng Ling and Teoh Joo Tong. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 2. pp. 1-13. ISSN 2600-7274

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan signifikan antara penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dan pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Ketiga. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan 145 orang responden dari sebuah universiti awam. Responden kajian yang dipilih adalah pelajar yang mempelajari kursus bahasa Mandarin Tahap Satu. Data kajian dikumpul melalui soal selidik atas talian yang diklasifikasikan berdasarkan taksonomi Oxford (1990) dan ujian bertulis Bahasa Mandarin. Ujian ANOVA dijalankan bagi menguji hubungan signifikan antara penggunaan SPB dan pencapaian pelajar. Diharapkan kajian ini dapat membantu para pelajar dan pihak berkenaan untuk meningkatkan prestasi pelajar bukan penutur asli dengan memaparkan SPB yang paling kerap dan berkesan yang digunakan oleh pelajar cemerlang dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Ketiga.

Download

[img] Text
29557.pdf

Download (434kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year