Persepsi ibubapa terhadap kualiti pusat asuhan kanak-kanak dan tadika dl dalam kampus IPTA (Zon Utara) / Roziya Abu…[et al.]

Abu, Roziya and Mohamad Salleh, Musdiana and Shari, Sharunizam and Ahmad, Erni Arniza (2005) Persepsi ibubapa terhadap kualiti pusat asuhan kanak-kanak dan tadika dl dalam kampus IPTA (Zon Utara) / Roziya Abu…[et al.]. Research Reports. Research Management Institude, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ini mengkaji persepsi ibubapa terhadap kualiti pusat asuhan kanak-kanak dan tadika di dalam kampus IPTA (Zon Utara). Sejumlah tiga pusat asuhan dan dua tadika terbabit dalam kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan penggunaan SERVQUAL, tetapi hanya tiga daripada lima dimensi kualiti perkhidmatan telah digunapakai. Antaranya adalah aspek keyakinan, perkhidmatan fizikal dan tanggungjawab. Kaedah borang soal selidik telah digunakan untuk mengutip data. Data-data seterusnya dianalisis menggunakan statistik perihalan iaitu kekerapan dan peratusan. Kaedah ini seterusnya digunakan untuk menilai aspek kualiti perkhidmatan, aspek keyakinan dan aspek tanggungjawab. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga aspek perkhidmatan fizikal, keyakinan dan tanggungjawab ini mempunyai hubungan yang positif dan berkait terhadap tanggapan ibu bapa mengenai tahap kualiti sesebuah pusat asuhan kanak- kanak dan tadika. Analisis data seterusnya juga mendapati penambahbaikan terhadap ketiga-tiga ini amat perlu dititikberatkan oleh pengelola pusat asuhan dan tadika tersebut. Ini kerana ketiga-tiga aspek ini amat berkait rapat dengan proses pembelajaran dan pembesaran bagi seorang kanak-kanak.

Download

[img] Text
LP_ROZIYA ABU RMI K 05_5.pdf

Download (138kB)

Metadata

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Abu, RoziyaUNSPECIFIED
Mohamad Salleh, MusdianaUNSPECIFIED
Shari, SharunizamUNSPECIFIED
Ahmad, Erni ArnizaUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 27120
Uncontrolled Keywords: Pusat Asuhan; Kualiti Perkhidmatan; Tadika
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27120

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year