Penilaian tahap keberkesanan program publisiti dalam penyediaan draf rancangan tempatan daerah Temerloh, Maran, dan Jerantut Pahang / Norshahidayah Sulaiman dan Zurina Mohd Sadali

Sulaiman, Norshahidayah and Mohd Sadali, Zurina (2011) Penilaian tahap keberkesanan program publisiti dalam penyediaan draf rancangan tempatan daerah Temerloh, Maran, dan Jerantut Pahang / Norshahidayah Sulaiman dan Zurina Mohd Sadali. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Program publisiti merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan dan ia telah diperuntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172). Program publisiti ini juga memerlukan penglibatan orang awam dimana orang awam diberi peluang dalam membuat bantahan dan cadangan terhadap sesuatu pembangunan dan pemajuan yang akan dibuat dan dijalankan di kawasan mereka khususnya. Walaupun terdapat banyak usaha yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dalam program publisiti ini, namun penglibatan orang awam masih kurang dan sekiranya ada, hanya segelintir bantahan dan cadangan yang boleh diterimapakai dan diperakui. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi keberkesanan program publisiti dalam menyediakan Draf Rancangan Tempatan. Kajian ini dijalankan di tiga daerah iaitu Jerantut, Maran dan Temerloh dimana kajiselidik yang dijalan melibatkan responden bagi agensi kerajaan dan orang awam. Kaedah kajiselidik yang digunakan adalah ‘Convenient Survey’ . Penemuan-penemuan telah mendapati orang awam berminat untuk menglibatkan diri dalam program publisiti namun, mereka masih kabur dan tidak jelas serta tidak tahu bagaimana mahu melibatkan diri dalam program publisiti tersebut. Oleh itu, diharap cadangan tahap dan cadangan syor-syor penambahbaikan dapat menjadi panduan kepada PBPT dalam menjalankan program publisiti secara berkesan dalam menyediakan Draf Rancangan Tempatan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Sulaiman, NorshahidayahUNSPECIFIED
Mohd Sadali, ZurinaUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
T Technology > TH Building construction > Construction by phase of the work (Building trades)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26493
Uncontrolled Keywords: Temerloh, Maran, Jerantut, Pahang
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26493

Download

[img] Text
PPd_NORSHAHIDAYAH SULAIMAN AP 11_5.pdf

Download (81kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year