Penyediaan tempat letak kereta di Flat Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur / Muhammad Hafizudin Roszai

Roszai, Muhammad Hafizudin (2013) Penyediaan tempat letak kereta di Flat Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur / Muhammad Hafizudin Roszai. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian yang bertajuk “Penyediaan Tempat Letak Kereta” adalah bertujuan menjelaskan senario kekurangan tempat letak kereta di kawasan perumahan di Flat Taman Beringin ke arah penyediaan tempat letak kereta yang lebih berkualiti dan sistematik di masa depan. Kajian ini dijalankan di kawasan perumahan kos rendah iaitu di kawasan Flat Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan melalui kaedah pengamatan dan borang soal selidik yang diedarkan kepada penghuni Flat Taman Beringin. Kajian ini menemukan beberapa penemuan penting iaitu kekurangan tempat letak kereta, garis panduan penyediaan tempat letak kereta sedia ada tidak dipatuhi, tahap pemilikan kenderaan persendirian semakin meningkat, peningkatan pendapatan, rekabentuk tidak konvensional. Keadaan ini mencetuskan kesesakan jalan masuk di kawasan perumahan. Penemuan dijadikan sebagai landasan dan panduan kepada cadangan kajian. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan ialah mewujudkan tempat letak kereta, penguatkuasaan perancangan yang lebih teliti pada masa hadapan, sistem stiker/ pintu berpalang automatik, mengkodkan petak tempat letak kereta, tempat letak kereta bertingkat dan melebarkan jalan. Kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Berkuasa Tempatan (DBKL) dan pemaju-pemaju kearah merancang penyediaan tempat letak kereta yang lebih baik dimasa hadapan khususnya di perumahan bertingkat.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Roszai, Muhammad Hafizudin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdul Rashid, Mohd Fadzil
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Tempat letak kereta, Flat Taman Beringin, Kuala Lumpur
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26035
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26035.pdf] Text
26035.pdf

Download (90kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26035

Indexing

Statistic

Statistic details