Laporan cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman untuk UMW Toyota Motor Sdn Bhd di LOT 4798, Jalan Kuala Kangsar, 30100 Ipoh, Perak / Ahmad Faizal Jaffar

Jaffar, Ahmad Faizal (2006) Laporan cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman untuk UMW Toyota Motor Sdn Bhd di LOT 4798, Jalan Kuala Kangsar, 30100 Ipoh, Perak / Ahmad Faizal Jaffar. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_AHMAD FAIZAL JAFFAR AP 06_5.pdf

Download (109kB)

Abstract

Peranan yang dimainkan oleh industri automobil memberi impak yang besar kepada negara dan juga masyarakat. Dengan adanya kemajuan dalam bidang pemotoran ini, Negara kita akan maftipu bersaing dengan negaranegara pengeluar utama kenderaan seperti Jepun, United Kingdom, Denmak dan sebagainya. Dengan adanya kekuatan ini, Malaysia akan menjadi terkenal dimata dunia. Bagi mencapai matlamat ini, pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd, akan merialisasikan matlamat serta objektif ini. Matlamat utama pengubahsuaian pusat pameran, jualan dan servis adalah meningkatkan jualan dan untuk bersaing dengan jenama kenderaan yang terdapat di Malaysia. Objektif yang telah dirangka adalah untuk memonopoli bidang perindustrian automobil di dalam rantau Asia ini dan membolehkan Malaysia berdiri sebaris dengan kuasa besar dalam bidang automotif. Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan yang bercirikan imej moden dan hitech. Dalam ruang pameran, jualan dan servis ini, rekabentuk yang akan dihasilkan perlu menerapkan elemen-elemen tersebut untuk menjadikan pusat ini antara pusat pameran, jualan dan servis yang terbaik di dalam Malaysia. Antara kaedah kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian dengan membuat soal-selidik dengan individu-individu yang berkaitan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kebaikan dan kelemahan yang terdapat pada beberapa pusat pameran dan jualan sedia ada dan juga rekabentuk dalaman serta pengurusan terhadap sesebuah pameran dan jualan masa kini. Kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan dalam proses merekabentuk untuk mendapatkan rekabentuk yang terbaik, selesa dan menarik, disamping mewujudkan satu imej yang baru dan berkonsepkan syarikat korporat ini. Isu yang diketengahkan dalam projek ini antaranya ialah kekurangan model kenderaan dalam ruang pameran untuk sesuatu masa pameran. Permasalahan ini diatasi dengan penambahan ruang utama iaitu ruang pameran dan penukaran ruang pejabat dari tingkat bawah ke tingkat mezzanine. Antara masalah yang dihadapi pada bangunan sedia ada ialah ruang pameran yang terhad dan rekabentuk dalaman yang tidak menampakan ciri-ciri teknologi Toyota. Penukaran dan penambahan dibuat bertujuan menjadikan pusat pameran, jualan dan servis ini menjadi selesa dan lebih mesra pelanggan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Jaffar, Ahmad FaizalUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings
T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 25934
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk dalaman; UMW Toyota Motor
Last Modified: 03 Oct 2019 09:04
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25934

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year