Laporan cadangan menaiktaraf dan rekabentuk dalaman pusat latihan ‘Silat Olahraga’ di Lorong Mewah 3 Fasa 1E, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur (PESAKA) / Razdhan Moktar

Moktar, Razdhan (2004) Laporan cadangan menaiktaraf dan rekabentuk dalaman pusat latihan ‘Silat Olahraga’ di Lorong Mewah 3 Fasa 1E, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur (PESAKA) / Razdhan Moktar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tujuan laporan akhir ini adalah untuk membuat analisis bagi projek akhir diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan adalah Cadangan Menaiktaraf Dan Merekabentuk Dalaman Pusat Latihan ’Silat Olahraga’ yang terletak di Lorong Mewah 3 Fasa 1e, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur (Pesaka). Didalam menghasilkan projek ini, beberapa panduan perlu diikuti melalui peringkat tertentu. Antaranya adalah, masalah-masalah di tapak cadangan perlu dikenal pasti dari pelbagai aspek sama ada di luar dan keadaan persekitaran tapak, kemudian barulah masuk kepada ruang dalaman pula. Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak projek supaya ianya sesuai dengan projek yang dijalankan. Kajian kes pula perlu dijalankan, ini adalah penting bagi membuat perbandingan di antara rekaan yang baik ataupun sebaliknya dapat dikenal pasti. Kajian dan pengumpulan data melalui kajian kes ini serta segala maklumat dapat diterapkan dalam proses rekabentuk yang selesa dan menarik. Selain itu, melalui kajian yang terperinci, ianya mampu mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri. Bagi mencapai matlamat tersebut, perancangan yang teliti harus dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang yang baru. Setiap ruang yang dicadangkan perlulah mempunyai kepentingannya yang tersendiri bagi mencapai objektif projek. Ini amat penting kerana sesebuah pusat latihan ’Silat Olahraga’ haruslah menepati kehendak dan keperluan latihan yang digariskan melalui sains sukan disamping mewujudkan semula semangat jatidiri dalam seni persilatan. Di harapkan dengan wujudnya pusat latihan ’Silat Olahraga’ ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Moktar, Razdhan
2001329069
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Rekabentuk dalaman; pusat latihan; ‘Silat Olahraga
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24867
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 24867.pdf] Text
24867.pdf

Download (123kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

24867

Indexing

Statistic

Statistic details