Laporan cadangan menaik taraf rekabentuk dalaman bagi Muzium Tentera Darat di Kem Si Rusa 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus / Wan Nazele Wan Zain

Wan Zain, Wan Nazele (2009) Laporan cadangan menaik taraf rekabentuk dalaman bagi Muzium Tentera Darat di Kem Si Rusa 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus / Wan Nazele Wan Zain. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_WAN NAZELE WAN ZAIN AP 09_5.pdf

Download (129kB) | Preview

Abstract

Projek akhir ini merupakan cadangan menaik taraf ruang dalaman untuk Muzium Tentera Darat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan sistem ketenteraan, sejarah, dan perjalanan sistem ketenteraan negara bermula pada zaman dahulu hingga kini. Selain itu muzium ini juga bertujuan memberi maklumat, pendedahan, ilmu serta pengetahuan kepada pengunjung yang datang ke muzium ini. Muzium ini juga dapat menambah minat orang ramai atau individu tertentu terutamanya golongan awam untuk mendalami dan mengenal pasti sejarah, bentuk dan sistem ketenteraan di negara kita. Dengan adanya Muzium Tentera Darat, ia dapat menimbulkan minat kepada masyarakat tentang pentingnya system pertahanan di negara kita. la juga dapat membantu mendekatkan masyarakat terutamanya golongan muda dan belia untuk melibatkan diri dalam sistem ketenteraan di negara kita. Dengan adanya Muzium Tentera Darat, golongan-golongan ini dapat mengetahui serta memahami aliran perjalanan sistem ketenteraan negara kita. Pengunjung dapat mengetahui sejarah bermulanya penubuhan tentera darat Malaysia serta kelebihan dan kepentingan yang terdapat dalam system ketenteraan negara khususnya Tentera Darat Malaysia yang terdapat pada masa awal penubuhannya hingga kini. Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian melelui soal selidik. Tujuannya adalah untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam rangkaian muzium masa kini. Kajian-kajian dan pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses menaik taraf untuk mendapatkan rekabentuk yang selesa dan menarik di samping imej dan gaya yang tersendiri.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Wan Zain, Wan NazeleUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 20847
Last Modified: 26 Jul 2018 04:20
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20847

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year