Kempen budi bahasa melalui senireka bentuk pembungkusan produk SME / Farhanah Abu Sujak...[et.al]

Abu Sujak, Farhanah and Abdul Razak, Siti Raba’ah and Abdul Wahab, Nurul Akma and Makrai, Nurin Elani (2016) Kempen budi bahasa melalui senireka bentuk pembungkusan produk SME / Farhanah Abu Sujak...[et.al]. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img] Text
PRO_FARHANAH ABU SUJAK M 16.pdf

Download (0B)

Abstract

Malaysia sememangnya terkenal dengan adat budaya, pelbagai tradisi dan cara hidup yang terdiri daripada masyarakatnya yang majmuk. Kehalusan budi bahasa dan adat kesopanan timur yang diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Budi dan bahasa adalah dua elemen yang berkait rapat dalam pembentukan jati diri sesebuah masyarakat. Budi merujuk kepada kelakuan dan tingkah laku yang baik, manakala bahasa merupakan percakapan dan tutur kata yang sopan. Malangnya, adat sopan santun yang dibanggakan ini semakin lenyap dikalangan generasi kini, malah kelakuan negatif semakin menular di dalam masyarakat; tidak mengira umur dan pangkat. Masyarakat kini semakin hilang nilai kehidupan yang menitikberatkan keharmonian bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Jiwa masyarakat kini dipenuhi sifat sombong, mementingkan diri sendiri, meninggi diri dan tiada lagi semangat kekitaan diamalkan dalam kehidupan seharian. Tingkah laku negatif jelas dapat dilihat didalam situasi memandu di jalan raya, tidak beratur di kaunter-kaunter servis, tidak memberi ucapan terima kasih, keengganan untuk memberikan tempat duduk kepada pihak yang memerlukan dan sebagainya. Media massa dan pengiklanan khususnya, memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhui dan memupuk semula sikap masyarakat Malaysia yang semakin tidak peduli dengan amalan berbudi bahasa dan adab bersopan santun. Pesanan khidmat masyarakat dijalankan dengan pelbagai tujuan dan idea bagi mendidik dan mewujudkan kesedaran orang awam. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari pendekatan baru iaitu aplikasi senireka bentuk pembungkusan, dimana penyelidik ingin mengukur keberkesanan platform ini didalam kempen Budi Bahasa. Dengan kaedah dan media yang sesuai, objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membentuk kembali generasi yang berbudi bahasa seterusnya melahirkan masyarakat yang berhemah tinggi dan penyayang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num.
Abu Sujak, FarhanahUNSPECIFIED
Abdul Razak, Siti Raba’ahUNSPECIFIED
Abdul Wahab, Nurul AkmaUNSPECIFIED
Makrai, Nurin ElaniUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Packaging > Design
H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Advertising campaigns > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 461-469
Item ID: 19868
Uncontrolled Keywords: Budi bahasa; Pesanan khidmat masyarakat; Senireka bentuk pembungkusan; Produk SME
Last Modified: 05 Apr 2018 08:44
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19868

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year