Interpretasi Lucid Dream dalam tiga filem Hollywood kontemporari / Mohd Ferdaus Hassan

Hassan, Mohd Ferdaus (2014) Interpretasi Lucid Dream dalam tiga filem Hollywood kontemporari / Mohd Ferdaus Hassan. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MOHD FERDAUS HASSAN FF 14_5.pdf

Download (310kB)

Abstract

Saban hari di sepanjang hidup, manusia akan bermimpi ketika tidur. Manusia akan melalui pelbagai pengalaman yang kadangkala di luar batasan pemikiran melalui mimpi. Mimpi sering dilupakan setelah bangun daripada tidur kerana ianya terjadi melalui proses pemikiran minda bawah sedar. Ramai manusia di seluruh dunia mempercayai mimpi merupakan petunjuk dan memberi makna tentang perkara yang telah, sedang atau akan berlaku di masa hadapan. Kajian terhadap interpretasi mimpi merupakan penelitian terhadap penafsiran atau makna dari apa yang kita mimpikan. Mimpi seringkali dikaitkan dengan fantasi yang merupakan penghubung antara impian, harapan atau keinginan manusia dan ianya merupakan salah satu cabang kajian psikoanalisis. Dari perspektif filem, interpretasi mimpi digambarkan sebagai suatu elemen fantasi yang mempunyai makna dan maksud tertentu menerusi plot penceritaan. Rumusan permasalahan dalam penelitian ini adalah sejauh manakah gambaran fantasi menerusi mimpi yang diekspresikan dalam filem – filem Hollywood memberi makna sepertimana mimpi yang sebenar. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan filem Hollywood yang mengaplikasikan teori lucid dream sebagai kaedah merealisasikan fantasi dalam mimpi. Objektif kajian ini adalah untuk mendiskripsikan pengklasifikasian antara mimpi, fantasi dan lucid dream sebagai kaedah yang digunapakai dalam filem – filem Hollywood. Hasil kajian dalam penelitian ini adalah secara teorikal dan praktikal. Secara teorikal, penelitian ini akan memberi pemahaman terhadap pengetahuan tentang interpretasi mimpi, fantasi dan lucid dream yang diaplikasi dalam filem – filem Hollywood. Secara praktikalnya, kajian ini dapat memberi manfaat untuk mengembangkan ilmu psikoanalisis khususnya penelitian terhadap mimpi dan fantasi. Paradigma kajian ini bersifat kualitatif dengan memfokuskan teks dan idealogi filem sebagai objek analisis. Antara kaedah kajian utama yang digunakan adalah analisis kandungan, temuramah, kajian perpustakaan dan sumber internet

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Hassan, Mohd FerdausUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > General special. Including criticism, aesthetics, etc. Film genres. Semiotics. Illusion in motion pictures
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15114
Uncontrolled Keywords: Interpretasi Lucid Dream; Filem Hollywood Kontemporari; Teks; Idealogi filem
Last Modified: 09 Nov 2016 07:14
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15114

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year