Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia / Hasan Abdullah ... [et al.]

Abdullah, Hasan and Wahab, Samsudin and Shahibi, Mohd Sazili and Malim, Muhammad Rozi and Ali, Juwahir (2013) Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia / Hasan Abdullah ... [et al.]. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 53-71. ISSN 2289-5744

[img] Text
AJ_HASAN ABDULLAH IMP 13.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian melalui geran RMI berjumlah RM20,000 telah mengenalpasti beberapa sumbangan industri homestay kepada penjanaan ekonomi. Antara sumbangannya ialah terhadap pembinaan kilang-kilang di kawasan sekitar, peningkatan aktiviti-aktiviti kebudayaan, peningkatan peniaga dalam pengeluaran dan perniagaan kuih tradisional, merancakkan industri katering, peningkatan pembangunan infrastruktur dan prasarana berkaitan pelancongan, memartabatkan industri pertukangan, mewujudkan kampung berinternet (ICT). Dapatan ini menunjukkan bahawa semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui gabungan berbagai agensi dan kementerian telah memberikan impak yang besar kepada penjanaan ekonomi setempat secara mikro seterusnya kepada skop makro secara langsung telah memberi kesan kepada kekukuhan ekonomi negara. Dapatan ini boleh dijadikan satu model penentuan Indeks Prestasi Kementerian (KPI) setiap agensi dan kementerian yang terlibat. Hasilnya, satu model integrasi Indeks Prestasi Kementerian (KPI) bagi Kementerian Pelancongan, Persatuan Homestay Negeri, Medan Infodesa (MID), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri, Jawatankuasa Pelancongan Negeri dan Jabatan Kemajuan Masyarakat negeri yang khusus kepada usaha membantu homestay dapat diutarakan. Indeks KPI ini sesuai diintegrasikan kepada agensi-agensi ini kerana ia terbabit secara langsung kepada kejayaan industri homestay Melayu. Model integrasi ini merupakan satu produk atau hasilan yang boleh membanggakan UiTM untuk diketengahkan kepada setiap agensi sebagai satu ‘tool’ untuk mengukur sumbangan mereka kepada negara secara konsisten melalui aktiviti serampang tiga mata khususnya dalam membangunkan industri homestay Melayu ke peringkat dunia global.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num.
Abdullah, HasanUNSPECIFIED
Wahab, SamsudinUNSPECIFIED
Shahibi, Mohd SaziliUNSPECIFIED
Malim, Muhammad RoziUNSPECIFIED
Ali, JuwahirUNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry
H Social Sciences > HF Commerce > Consumer behavior. Consumers' preferences. Consumer research. Including consumer profiling
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Divisions: Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Journal or Publication Title: Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
ISSN: 2289-5744
Page Range: pp. 53-71
Item ID: 12583
Uncontrolled Keywords: Indeks prestasi agensi, Industri Homestay, Melayu, Ekonomi setempat, Malaysia
Last Modified: 27 Jul 2016 07:36
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12583

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year