Abstract
Dalam kertas ini, satu set data yang mewakilipurata berat (dalam gram) daun tembakau kering sepokok untukjangkamasa seminggu yang diukur dari minggu pertama hingga ke minggu ke tiga belas, dimodelkan menggunakan beberapa model taklinear seperti model Gompertz, model Logistic, model Richards, model Taburan Weibull dan model Morgan-Mercer-Flodin. Walau bagaimanapun, hanya model Gompertz dan model
Logistic terpilih untuk mewakili data ini kerana tingkahlakunya yang lebih hampir kepada tingkahlaku model linear, yang mana penganggarnya tidak pincang, mengikut
taburan normal dan mempunyai had varian yang minima. Tingkahlaku taklinear dalam sesuatu model dinilai menggunakan satu kaedah empirik iaitu melalui kajian simulasi. Kajian inijuga dapat mendedahkan sejauh mana sifat taklinear sesuatu penganggar dan memberi cadangan berguna untuk proses membaikpulih penganggar yang bersifat
taklinear. Didapati bahawa kedua-dua fungsi model Gompertz dan Logistic yang telah diparameterkan semula adalah setanding dan hampir kepada tingkahlaku model linear. Walau bagaimanapun, model Logistic yang telah dibaikpulih telah dipilih kerana nilai purata sukatan kelengkungannya adalah lebih rendah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Ramli, Norazan norazan@tmsk.itm.edu.my Midi, Habshah UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Analysis > Nonlinear theories T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Engineering mathematics. Engineering analysis > Mathematical models |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
Journal or Publication Title: | Jurnal Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif |
ISSN: | 1823-0822 |
Volume: | 3 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 19-35 |
Keywords: | Kepencongan; Model taklinear; Simulasi |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11642 |
Download
AJ_NORAZAN MOHAMED RAMLI JTMSK 01 1.pdf
Download (674kB)