Kesejajaran etika keilmuan menurut Al-Ghazali dalam pembinaan masyarakat Islam Hadhari / Azizah Zakaria and Azizon Salleh

Zakaria, Azizah and Salleh, Azizon (2006) Kesejajaran etika keilmuan menurut Al-Ghazali dalam pembinaan masyarakat Islam Hadhari / Azizah Zakaria and Azizon Salleh. Jurnal CITU, 2 (1). pp. 27-51. ISSN 1823-6146

[img] Text
AJ_AZIZAH ZAKARIA CITU 06.pdf

Download (765kB)

Abstract

Ilmu merupakan tonggak kemajuan dan pembangunan ummah. Kekuatan pengaruh ilmu dalam pembinaan ummah sentiasa diperakui oleh baginda Rasulullah SAW dalam mendorong misi kejayaan ummah sama ada di dunia dan di akhirat. Untuk merealisasikan cita-cita ini semestinya dengan menguasai semua bidang ilmu yang bersangkut paut dengan kepentingan dunia dan juga akhirat. Dalam pembinaan masyarakat Islam Hadhari keupayaan ummah dalam memanifestasikan amanat baginda Rasulullah SAW untuk memartabatkan umat Islam sebagai khalifah di dunia itu amatlah besar. Malah dalam menghadapi cabaran zaman siber yang didominasi arus globalisasi ini umat Islam akan terpinggir jika mereka tidak mampu bersaing dengan umat lain dalam kepelbagaian bidang ilmu dan kepakaran. Umat Islam akan dipandang mulia dan hebat di mata dunia jika mereka dapat menguasai segala displin ilmu baru dan juga tetap mempertahan dan memperkayakan ilmu-ilmu warisan (turath) yang telah diwarisi dari khazanah ulama' silam tersohor. Justeru itu, pandangan ulama' tersohor seperti al-Ghazali sangat relevan untuk diimplementasikan dalam membangun masyarakat Islam Hadhari menjadi dasar kerajaan Malaysia hari ini.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Zakaria, AzizahUNSPECIFIED
Salleh, AzizonUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Malaysia
Divisions: Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
Journal or Publication Title: Jurnal CITU
ISSN: 1823-6146
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 27-51
Item ID: 11536
Uncontrolled Keywords: Ilmu, Islam Hadhari, Malaysia
Last Modified: 18 Aug 2016 04:53
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11536

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year