Projek animasi 2D pendek Move On: Aplikasi perwatakan Hikikomori dalam watak utama / Sufiyan Effendi Mahadir

Mahadir, Sufiyan Effendi (2014) Projek animasi 2D pendek Move On: Aplikasi perwatakan Hikikomori dalam watak utama / Sufiyan Effendi Mahadir. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_SUFIYAN EFFENDI MAHADIR FF 14_5.pdf

Download (193kB)

Abstract

Kajian ini akan mendalami mengenai perwatakan sindrom Hikikomori yang digunakan dalam penghasilan animasi 2D untuk projek akhir tahun. Kebanyakan industri Animasi di Malaysia masih belum menekankan perwatakan animasi yang lebih emosi dan memaparkan realiti mengenai sikap masyarakat di Malaysia. Walaupun kes mengenai Hikikomori jarang didengari dalam Malaysia namun sindrom ini mungkin terjadi pada sesetengah keluarga mahupun individu yang mengalami masalah perhubungan dengan orang lain. Sindrom Hikikomori amat dikenali di negara Jepun, kerana gelaran itu adalah untuk panggilan individu-individu yang mengalami masalah dengan anti sosial yang melampau. Penghidap Hikikomori akan mengelakkan diri mereka dari berinteraksi dengan orang luar dalam jangka masa yang lama. Punca Hikikomori datang dari masalah sikap masyarakat yang terlampau memilih dalam menjalin perhubungan antara sesama manusia. Oleh itu, bagi mereka yang disisihkan tanpa alasan menyebabkan mereka terasa bahawa diri mereka tidak layak untuk bercampur dikalangan orang-orang luar. Selain disisihkan, masalah buli dan penderaan emosi juga penyebab antara mereka tidak dapat merasakan bahawa perhubungan dunia luar tidak lagi selamat untuk mereka. Kajian ini akan mendalami sindrom Hikikomori yang mempengaruhi hidup Ben di dalam sebuah filem animasi pendek "Move On". Dengan harapan bahawa projek dan kajian ini akan menghasilkan sebuah cerita animasi yang baru dan unik dimana ia mampu membawa kelainan dalam industri animasi Malaysia.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mahadir, Sufiyan EffendiUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Animated films
T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography)
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15102
Uncontrolled Keywords: Projek Animasi 2D Pendek; Aplikasi perwatakan hikikomori; Watak utama
Last Modified: 09 Nov 2016 05:17
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15102

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year