Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: Istiadat Konvokesyen UiTM ke 100

UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat (2024) Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: Istiadat Konvokesyen UiTM ke 100. UiTM Press, Shah Alam Selangor.

Abstract

Segala pujian bagi Allah SWT, kerana dengan keizinan-Nya terhasilnya sebuah Buku Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA yang ke-100. Edisi terbitan kali ini membawa kita menyoroti detik bersejarah dan lembaran hidup Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang sangat berjiwa besar dan berwibawa dalam mempertahan serta mengangkat warisan seni budaya Melayu di persada dunia. Inspirasi dan aspirasi baginda telah banyak memberi manfaat serta kemakmuran kepada masyarakat melalui visi dan kepimpinan yang mendasari konsep ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’. UiTM mengiktiraf jasa dan sumbangan besar seorang insan yang telah memberi warna kepada bidang seni reka. Kepakaran dan ketokohan yang dimiliki sering diteladani oleh masyarakat seluruhnya. Penganugerahan ini juga merupakan suatu sanjungan terhadap cerminan pencapaian yang luar biasa, khususnya dari segi dedikasi, inovasi, dan komitmen terhadap kecemerlangan seni budaya bangsa. Ketelusan dan kesungguhan hasil kerja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut merangkumi nilai hidup seorang ilmuan yang bersendikan integriti, wibawa dan penuh kearifan.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99989
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99989.pdf] Text
99989.pdf

Download (275MB)

ID Number

99989

Indexing

Statistic

Loading...

Statistic details