Konsep asas taysir dalam menangani isu fiqh masyarakat Islam orang asli.

Hassan, Paiz and Ramli, Mohd Anuar and Yusof, Muhammad Yusri and Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Razak, Muhd Imran and Mohamed Noh, Abd Munir and Mohd Yaacob, Hamdi Rahman (2023) Konsep asas taysir dalam menangani isu fiqh masyarakat Islam orang asli. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 5 (2). pp. 154-162. ISSN 2590-3942
Abstract

Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti minoriti yang unik dengan kepelbagaian budaya, adat dan kepercayaan. Kedatangan Islam tidak banyak mengubah corak kehidupan mereka. Amalan keagamaan dalam kalangan mereka berada pada tahap minima, terutama apabila dibandingkan dengan komuniti mualaf daripada etnik yang lain. Pendekatan fiqh yang diketengahkan kepada mereka dilihat sebagai menyumbang kepada permasalahan tersebut. Ini kerana terdapat pendekatan yang tidak sesuai dengan realiti dan latar belakang kebudayaan mereka. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi melihat konsep asas taysir yang boleh digunakan bagi menangani isu fiqh masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan melakukan tinjauan terhadap analisis dokumentasi yang terdiri daripada kitab turath, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan sebagainya. Dapatan kajian mendapati pendekatan taysir sangat mementingkan kemudahan, kesederhanaan dan kefleksibelan dalam berinteraksi dengan sesuatu permasalahan hukum. Ia menyokong keperluan untuk merangka panduan fiqh yang bersifat inklusif dan menyeluruh bagi masyarakat Islam Orang Asli dan sekaligus dapat memperkukuhkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka tanpa mengabaikan identiti dan keunikan kebudayaan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 99975.pdf]
Text
99975.pdf
Download (422kB)
Indexing & Metrics