Kemurungan remaja dan kaedah menanganinya menurut perspektif Islam / Shahril Nizam Zulkipli … [et al.]

Zulkipli, Shahril Nizam and Suliaman, Ishak and Zainal Abidin, Mohd Syukri and Anas, Norazmi and Che Ahmat, Amin and Mohamad, Mohd Afifuddin (2023) Kemurungan remaja dan kaedah menanganinya menurut perspektif Islam / Shahril Nizam Zulkipli … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 5 (2). pp. 85-98. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Abstract

Kemurungan remaja adalah suatu keadaan yang sinonim dengan perasaan sedih, murung, kesal, tidak bahagia, menderita dan hilang minat untuk melakukan segala bidang yang dilakukan sehingga menghilangkan potensi diri. Isu tersebut berada pada tahap yang membimbangkan meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Statisitik pertambahan kes kemurungan remaja saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada memandangkan integrasi terapi kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru, kajian bertujuan untuk mengkaji literatur berkaitan kemurungan remaja di Malaysia dan kedudukannya dalam perspektif Islam. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk mendapatkan data berkaitan isu dan latar belakang kemurungan remaja di samping pandangan Islam dan peranannya dalam menangani isu tersebut. Hasil kajian mendapati wujudnya fenomena kemurungan remaja dengan faktor yang pelbagai melalui peringkat pendidikan yang berbeza. Syariat Islam juga telah menyentuh mengenai isu ini dengan beberapa kajian yang mencadangkan psikoterapi Islam sebagai rawatan komplimentari yang dilihat mampu mendorong kepada kesejahteraan fizikal dan mental dalam usaha membina benteng pencegahan kemurungan remaja selain mengembalikan mereka kepada fitrah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkipli, Shahril Nizam
shah4107@uitm.edu.my
Suliaman, Ishak
ishakhs@um.edu.my
Zainal Abidin, Mohd Syukri
syukri1990@um.edu.my
Anas, Norazmi
norazmianas@uitm.edu.my
Che Ahmat, Amin
amin132@uitm.edu.my
Mohamad, Mohd Afifuddin
afifuddin@usm.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Theosophy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: Listed > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 85-98
Keywords: Kemurungan; Remaja; Psikospiritual Islam; Psikoterapi Islam; Kesihatan mental
Date: September 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99930
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99930.pdf] Text
99930.pdf

Download (405kB)

ID Number

99930

Indexing

Citation

Google Scholar UNSPECIFIED SCOPUS UNSPECIFIED WoS UNSPECIFIED

Statistic

Statistic details