Analisa sorotan kajian mengenai Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan karya Bahr Al-Lahut / Amin Che Ahmat dan Izatul Akmar Ismail

Che Ahmat, Amin and Ismail, Izatul Akmar (2023) Analisa sorotan kajian mengenai Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan karya Bahr Al-Lahut / Amin Che Ahmat dan Izatul Akmar Ismail. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 5 (2). pp. 47-59. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Abstract

Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang tokoh pendakwah Islam yang awal menyebarkan Islam di Nusantara. Penemuan manuskrip Bahr alLahut dalam katalog di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Purpustakaan Negara Malaysia mengukuhkan dan membuktikan kewujudannya. Namun kajian mengenai Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan manuskrip Bahr al-Lahut yang terbatas telah menimbulkan polemik perbahasan yang berlarutan dalam kalangan pengkaji manuskrip dan sejarah Islam di Nusantara. Antara isu-isu yang timbul adalah mengenai akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan tarikh penulisan Bahr al-Lahut yang tidak dapat dipastikan secara tepat. Justeru, objektif kajian ini menghuraikan latar belakang Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan manuskrip Bahr al-Lahut. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kajian-kajian lepas dan kandungan dari salinan teks asal manuskrip Bahr al-Lahut. Hasil kajian mendapati Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang pendakwah awal dari Arab yang berusaha menyebarkan Islam menerusi karya Bahr alLahut menerusi pengajaran ilmu tauhid dan tasawuf. Dapatan kajian lepas menjelaskan beliau didakwa mempunyai pengaruh syiah yang dilihat dominan melalui doktrin wahdah al-wujud dan Nur Muhammad. Namun, terdapat juga kajian lepas yang mendapati asas akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana membincangkan konsep menafikan jihah dalam mentauhidkan Allah SWT. Selain itu, pengkaji juga mendapati tiada kesepakatan dalam kalangan penyelidik terdahulu yang mampu menjelaskan tarikh sebenar secara tepat penulisan karya ini. Bagi merungkai permasalahan ini wujud keperluan kajian lanjutan dengan menganalisis aspek fizikal manuskrip asal Bahr al-Lahut bagi mengetahui tarikh penulisan dengan lebih tepat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Ahmat, Amin
amin132@uitm.edu.my
Ismail, Izatul Akmar
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Theosophy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: Listed > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 47-59
Keywords: Abdullah ‘Arif; Bahr al-Lahut; Tauhid; Tasawuf; Nur Muhammad
Date: September 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99915
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99915.pdf] Text
99915.pdf

Download (1MB)

ID Number

99915

Indexing

Statistic

Statistic details