Abstract
Pada tahun 2023 sekali lagi JSG melakar sejarah apabila dijemput untuk menjadi penganjur bersama untuk kali ketiga bagi menjayakan 3rd ICoSeMT 2023 & 2nd INoDEx 2023 yang telah berlangsung pada 18 – 19 September 2023 di Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. 3rd International Conference on Semiconductor Materials and Technology (3rd ICoSeMT 2023) adalah satu acara dwitahunan yang dianjurkan bersama oleh Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), MIMOS Berhad dan Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST) dengan tema “Innovation Towards A Sustainable Tomorrow” . Fokus utama persidangan adalah untuk mencipta medium yang efektif bagi institusi dan industri berkongsi idea, pengetahuan, dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan bahan dan teknologi semikonduktor. Penganjuran kali ini dengan matlamat untuk menggalakkan budaya inovasi positif dan mendorong aktiviti inovasi daripada pelbagai lapisan masyarakat, satu sub-acara iaitu 2nd International Invention, Innovation & Design Expo (2nd INoDEx 2023) telah diadakan serentak. 2nd INoDEx 2023 akan menjadi platform yang besar dalam mencipta peluang bagi peserta tempatan dan antarabangsa untuk menyampaikan inovasi dan reka cipta mereka. Akhirnya, kedua-dua acara ini akan membawa kepada interaksi dan kerjasama masa depan di antara peserta tempatan dan antarabangsa."
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahmood, Ainorkhilah UNSPECIFIED Abdul Wahab, Nor Aimi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin JSG, Jabatan Sains Gunaan, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99914 |