Kajian keberkesanan pengurusan agihan dana zakat di Malaysia / Abdul Halim Mohd Noor … [et al.]

Mohd Noor, Abdul Halim and Ahmad, Musa and Tarimin, Mujaeni and Bahrom, Hassan and Kaslam, Shawal (2004) Kajian keberkesanan pengurusan agihan dana zakat di Malaysia / Abdul Halim Mohd Noor … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kesedaran terhadap tanggungjawab untuk menunaikan zakat di kalangan umat Islam di Malaysia secara umumnya semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan zakat sebagai rukun Islam yang lima dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kutipan zakat dapat diagihkan dengan baik. Penubuhan institusi zakat yang formal merupakan agenda yang telah dijalankan oleh pihak yang berkuasa. Kesan dari usaha ini, hasil kutipan zakat oleh institusi zakat di setiap negeri di Malaysia telah meningkat. Beberapa isu mengenai zakat telah dikenalpasti oleh beberapa kajian yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar kajian tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kutipan zakat. Kajian keberkesanan agihan dana zakat masih lagi kurang dijalankan. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan institusi zakat di Malaysia. Tumpuan utama kajian ini ialah tahap keberkesanan pengurusan agihan dana zakat di Malaysia. Empat aspek utama telah dikaji merangkumi aspek budaya pengurusan institusi zakat, penguatkuasaan undang-undang dan fatwa, urustadbir korporat dan pengukuran prestasi zakat. Soalselidik telah diedarkan kepada 3 kumpulan iaitu pertama asnaf zakat, kedua kakitangan pengurusan dan ketiga pengurus institusi zakat. Daripada kajian ini didapati secara keseluruhan tahap keberkesanan pengurusan agihan dana zakat mencapai tahap yang memuaskan. Namun terdapat beberapa isu yang perlu diambil perhatian dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi agihan zakat sebagaimana yang diharapkan oleh pelbagai pihak. Antara cadangan utama hasil daripada kajian ini ialah pengukuran prestasi zakat perlu dilaksanakan dan pihak pengurusan perlu melaksanakan proses urustadbir yang lebih berakauntabiliti dan telus untuk menjamin integriti institusi zakat di Malaysia. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu usaha dan komitmen semua pihak khususnya M ajlis Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia untuk mencapai tahap pengurusan agihan zakat yang lebih berkesan dan cemerlang.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Noor, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Ahmad, Musa
UNSPECIFIED
Tarimin, Mujaeni
UNSPECIFIED
Bahrom, Hassan
UNSPECIFIED
Kaslam, Shawal
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Pengurusan agihan dana zakat; Kutipan zakat
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99489
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99489.pdf] Text
99489.pdf

Download (517kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

99489

Indexing

Statistic

Statistic details