Rekabentuk persekitaran pusat penjagaan warga tua Kajian kes: Rumah Sri Kenangan Cheras / Syahrin Ahmad

Ahmad, Syahrin (2001) Rekabentuk persekitaran pusat penjagaan warga tua Kajian kes: Rumah Sri Kenangan Cheras / Syahrin Ahmad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Banyak rumah-rumah warga tua telah diwujudkan terutamanya di
kawasan bandar untuk menampung pertambahan golongan warga tua yang
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada waris masing-masing.
Namun begitu, persekitaran tempat tinggal mereka seringkali diabaikan.
Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan persekitaran kawasan
tempat tinggal mereka akan banyak membantu dalam mengurangkan beban
tekanan hidup yang dialami.
Kajian ini akan cuba memberi fokus terhadap persekitaran luaran pusat
penjagaan warga tua supaya dapat membantu golongan ini hidup berdikari di
samping mengurangkan tekanan hidup mereka. Hubungan antara
rekabentuk ruang luaran dengan psikologi warga tua akan ditekankan.
Pendekatan-pendekatan rekabentuk yang telah digunakan oleh beberapa
pusat penjagaan warga tua di negara-negara lain akan dikaji untuk membina
pemahaman rekabentuk yang inovatif supaya dapat membantu meningkatkan
persekitaran pusat penjagaan warga tua di Malaysia.
Semoga kajian ini akan membantu meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap pripentingnya untuk sama-sama memberi perhatian
kepada golongan ini sejajar dengan wawasan negara untuk membina
Masyarakat Penyayang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Syahrin
UNSPECIFIED
Subjects:
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/993
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SYAHRIN AHMAD AP 01_5 P01.pdf]
Preview
Text
PPb_SYAHRIN AHMAD AP 01_5 P01.pdf

Download (528kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

993

Indexing

Statistic

Statistic details