Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan penerimaan pembaca bermula dari zaman karya diterbitkan sehingga zaman selepas karya diterbitkan. Fokus utama kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti enam belas (16) buah puisi Chairil Anwar bertemakan perjuangan yang dipilih daripada buku kumpulan puisi “Derai-Derai Cemara” (2000). Penganalisisan ini dibuat menggunakan Teori Resepsi yang dipelopori oleh Hans Robert Jauss dan Wolfgang Iser pada tahun 1965 bagi menekankan pendekatan sinkronik dan diakronik berdasarkan unsur Kritik Sastera. Penelitian dilakukan bagi melihat bagaimana penulisan Chairil Anwar berfungsi sebagai senjata yang memperjuangkan isu-isu seperti ekonomi, politik, budaya, sosial dan kemanusiaan semasa berlakunya penjajahan Belanda dan pendudukan Jepun di Indonesia pada tahun 1940-an. Melalui penelitian 16 buah puisi Chairil Anwar, pengkaji berperanan sebagai pembaca serius yang dapat menghasilkan tanggapan baru berdasarkan pengalaman latar belakang pengkaji (2015). Hal ini diperkukuhkan dengan tanggapan-tanggapan kritis yang pernah dilakukan terhadap karya Chairil Anwar. Hasil kajian mendapati bahawa, gagasan Jauss yang menekankan proses horizon harapan pembaca dapat mendorong kepada penyediaan teknik-teknik sastera seperti Unsur Citra Alam, Evocative Symbolisme, Penelitian Citraan dan Pola Vertikal / Horizontal yang diterapkan di dalam karya. Kajian ini juga melihat bagaimana puisipuisi Chairil Anwar berinteraksi dengan pembaca sehingga menghasilkan tiga ekspresi karya dan konsep ini merupakan gagasan Iser yang menekankan kesan tindak balas karya atau “wirkung”. Selain dari itu, tanggapan resepsi menerusi kajian ini dapat memperkayakan lagi permaknaan karya Chairil Anwar dan sekaligus menghasilkan gelombang resepsi pembaca. Gambaran puisi-puisi perjuangan Chairil Anwar dapat mendorong ke arah semangat kerana puisinya dicipta bertujuan untuk menentang penjajah. Melalui pemberian makna, pembaca dapat memahami dan menghargai karya Chairil dengan memperkayakan lagi tanggapan yang lebih kritis. Hal ini perlu diberi perhatian kerana puisi yang bertemakan perjuangan ini dapat memberi kesan kepada pembaca semasa dan pembaca di masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Akbar, Sharifah Hanura Ezwa 2013822316 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ishak, Solehah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Sarjana Seni |
Keywords: | Puisi, Chairil Anwar, analisis |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99171 |
Download
99171.pdf
Download (150kB)