Deskripsi kata tugas Bahasa Melayu dalam laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia / Mohd Badrul Azhar Zulkapli

Azhar Zulkapli, Mohd Badrul (2016) Deskripsi kata tugas Bahasa Melayu dalam laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia / Mohd Badrul Azhar Zulkapli. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kajian ini merupakan kajian berkaitan bidang tatabahasa yang melihat aspek kata tugas dalam bahasa Melayu. Kini bahasa Melayu turut dipelajari oleh pelajar asing. Penyelidikan aspek tatabahasa terutama kata tugas untuk pelajar asing jarang dilakukan secara terperinci apa lagi pendeskripsiannya. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendeskripsian kata tugas secara menyeluruh bagi memudahkan pelajar asing memahami dan menggunakan kata tugas yang betul daripada aspek tatabahasa Melayu terutama dalam penulisan jenis deskriptif. Data kajian yang digunakan adalah data jenis teks deskriptif pelancongan yang diambil daripada laman sesawang rasmi kerajaan. Kajian ini menggunakan pendekatan tatabahasa fungsional yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1971) dan Halliday (1994) serta Asmah (2008) sebagai aliran tatabahasa yang dirasakan sesuai untuk pelajar asing. Analisis kajian menggunakan pendekatan korpus. Perkakasan WordSmith 5.0 digunakan bagi membantu mendapatkan kekerapan peratusan kata tugas yang paling kerap digunakan dalam teks jenis deskriptif serta membantu untuk melihat gelagat kata tugas. Selain itu, penjelasan fungsi juga dapat dibuat melalui gelagat yang ditonjolkan dalam perkakasan tersebut. Kolokasi bagi kata tugas juga dapat dilihat dan dihuraikan selepas melihat melalui data yang dipamerkan melalui perkakasan ini. Nahu berasaskan data korpus linguistik untuk mengajar pelajar asing ini dapat membantu memudahkan pelajar asing untuk memahami dan menggunakan kata tugas yang utama dan paling banyak digunakan dalam bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kenahuan berasaskan data sebenar yang dimanfaatkan daripada korpus rasmi dan data tersebut menggambarkan bahasa yang diguna pakai oleh masyarakat seharian. Dapatan bagi kajian ini menunjukkan 15 kata tugas yang paling kerap digunakan dalam teks jenis deskriptif ialah kata tugas ‘yang’, ‘di’, ‘dan’, ’untuk’, ’dengan’, ’dari’, ’pada’, ‘ke’, ‘dalam’ ,’juga’ ,’adalah’,’boleh’,’merupakan’,‘oleh’ dan ‘telah’. Kata tugas yang kerap ini seterusnya dibincangkan fungsinya secara meluas dan dibandingkan dengan buku Tatabahasa Dewan yang merupakan tatabahasa pegangan. Akhirnya, kajian ini menjelaskan pendeskripsian 15 kata tugas yang diperolehi melalui dapatan serta mencadangkan cara yang mudah untuk mengajarkan penggunaan kata tugas yang kerap secara fungsional kepada pelajar asing dengan cepat dan mudah di samping melengkapkan dapatan kajian kata tugas terdahulu.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azhar Zulkapli, Mohd Badrul
2011636912
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Noor Ida
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Master in Applied Language Studies
Keywords: Kata tugas dalam bahasa Melayu, tatabahasa, pelajar asing
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99049
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99049.pdf] Text
99049.pdf

Download (224kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

99049

Indexing

Statistic

Statistic details