Analisis faktor perceraian dalam kalangan pasangan belia di Seberang Perai Utara menurut undang-undang kekeluargaan Islam / Nur Fatin Nabilah, Afiqah Haris and Liana Ab Latif

Shahrom, Nur Fatin Nabilah and Haris, Afiqah and Ab Latif, Liana (2024) Analisis faktor perceraian dalam kalangan pasangan belia di Seberang Perai Utara menurut undang-undang kekeluargaan Islam / Nur Fatin Nabilah, Afiqah Haris and Liana Ab Latif. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 8 (1). pp. 95-106. ISSN 2600-7274

Official URL: http://ejssh.uitm.edu.my

Abstract

Fenomena perceraian adalah suatu isu yang polemik dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perceraian berlaku disebabkan kewujudan punca dan faktor tertentu yang membawa kepada ketegangan dalam hubungan rumah tangga. Justeru, perceraian menjadi pilihan bagi meleraikan ikatan perkahwinan yang telah terbina. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji konsep perceraian menurut perspektif Islam dan undang-undang kekeluargaan Islam. Kajian ini juga memfokuskan faktor perceraian dalam kalangan pasangan belia muslim meliputi kawasan Seberang Perai Utara. Kajian ini juga bertujuan untuk mencadangkan penambahbaikan oleh pihak yang berautoriti terhadap isu perceraian yang berlaku dalam kalangan belia muslim khususnya di Seberang Perai Utara dan masyarakat muslim umumnya. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Sumber primer bagi kajian ini adalah temu bual separa-struktur dan sumber sekunder pula adalah kajian perpustakaan bagi menjawab objektif kajian. Bagi teknik temu bual tersebut, pengkaji telah memilih 5 orang informan yang terdiri daripada pihak Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang, pihak Pejabat Agama Pulau Pinang dan informan pasangan belia muslim di Seberang Perai Utara yang pernah bercerai. Seterusnya, dapatan temu bual telah dianalisis dengan menggunakan analisistematik. Tema-tema tersebut dikategorikan mengikut objektif kajian. Pengkaji menggunakan instrumen perisian Atlas.ti 23 agar data temu bual dapat menjawab objektif kajian ini. Hasil kajian menunjukkan antara punca perceraian yang menunjukkan keputusan yang majoriti adalah kerana sikap kegagalan suami dan isteri menjalankan tanggungjawab mereka. Tuntasnya, pengkaji berharap agar kajian ini dapat menyumbang kepada strategi dan usaha pihak yang berautoriti seperti mahkamah Syariah dan pejabat agama Islam negeri memainkan peranan penting dalam menangani dan membendung kadar perceraian yang berlaku sekaligus meminimakan jumlah kes yang berlaku.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shahrom, Nur Fatin Nabilah
UNSPECIFIED
Haris, Afiqah
UNSPECIFIED
Ab Latif, Liana
ianaablatif@unisel.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
Chief Editor
Basarudin, Noor Ashikin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities (EJSSH)
ISSN: 2600-7274
Volume: 8
Number: 1
Page Range: pp. 95-106
Keywords: Perceraian, Mahkamah rendah syariah Seberang Perai Utara, Faktor, Strategi
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99017
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99017.pdf] Text
99017.pdf

Download (465kB)

ID Number

99017

Indexing

Statistic

Statistic details