Abstract
Temubual ini dilakukan bersama Adiguru main teri iaitu Che Zailani bin Che Moh atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Afat untuk mengetahui dan mendokumentasi pengalaman beliau yang giat melakukan persembahan tradisional main puteri selama lebih dua dekad. Main puteri boleh dikatakan upacara tradisional gabungan elemen-elemen nyanyian, lakonan, muzik, dan tarian bagi tujuan penyembuhan yang melibatkan bomoh, pesakit dan individu-individu berupaya menjadi 'medium' untuk mengambil roh 'Puteri' dan melakukan persembahan atau permainan. Temubual ini dijalankan di rwnah Pak Mat sendiri iaitu di Kampung Jedok, Kelantan pada tarikh 30 November 2023 bermula pada jam 10. 00 pagi hingga 1. 00 petang. Beliau menubuhkan Persatuan Warisan Main Puteri Pak Mat Jedok Negeri Kelantan pada tahun 2009 di mana beliau telah merawat pesakit-pesakit di negeri Kelantan, Pahang, Terengganu dan Selatan Thailand sehingga sekarang. Pak Mat juga banyak melakukan persembahan dan aktif melakukan kelas pembelajaran Main Puteri ini untuk mendedahkan anak rnuda berkenaan seni permainan tradisi ini. Dokumentasi ini akan merangkumi sejarah, kerjaya dan kejayaan Pak Mat Jedok sebagai salah seorang guru Main Puteri yang terkenal di negeri Kelantan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shahrul Azman, Erdania Putri 2022898372 Aziman, Nur Adawiyah 2022897998 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Che Moh, Che Mohd Zailani UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Dance music M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Main Puteri, Main Teri, Kelantan, Che Mohd Zailani Bin Che Moh, persembahan tradisional |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98758 |