Abstract
Temubual ini adalah antara pelajar dan tokoh seni ketua pemuzik tradisional wayang kulit. Temubual ini dijalankan bersama Encik Abdul Rahman bin Dollah atau dikenali sebagai Abang Man yang merupakan ketua pemuzik tradisional dalam bidang wayang kulit. Temubual ini akan dijalankan di tempat kediamannya di 952, Jalan Indah, 18500 Machang, Kelantan. Encik Abdul Rahman atau dikenali sebagai Abang Man merupakan anak didik Dollah Baju Merah yang sohor sebagai pemain wayang kulit ketika tahun 70an kini menjadi pengajar wayang kulit. Beliau juga merupakan penerima dana Adiguru CENDANA fasa pertama dalam seni wayang Kulit. Program Adiguru CENDANA dijalanka.n dengan kerjasama PUSAKA.Temubual lisan ini dilaksanakan bagi menyelami pengalaman beliau dalam seni ketoprak, alat muzik tradisional, dan warisan budaya Kelantan. Temubual ini menggambarkan perjalanan Encik Abdul Rahman dalam seni tradisional ini, menyumbang kepada pemahaman mendalam tentang warisan budaya yang perlu dikekalkan dan dipelihara. Temubual ini juga menggambarkan dedikasi Abang Man dalam memelihara dan mengembangkan warisan budaya Malaysia melalui seni wayang kulit. Hasil temubual ini membentuk pandangan komprehensif tentang sumbangan Encik Abdul Rahman terhadap pemeliharaan seni tradisional yang ka.ya dan berharga
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamal, Nurul Aniesha Shahjahan 2021858794 Mohd Noor, Nur Anis Alia 2021868804 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Dollah, Abdul Rahman UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Special types > Shadow plays, Wayang, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Wayang kulit, seni ketoprak , warisan budaya, seni tradisional |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98757 |