Menangani cabaran penggunaan media sosial di dalam pengajaran dan pembelajaran / Norhafizah Hashim ... [et al.]

Hashim, Norhafizah and Abdul Rahman, Normaziah and Yusof, Rozianiwati and Mohd Yunus, Sri Yusmawati and Aziz Fadzillah, Nor Azlina (2024) Menangani cabaran penggunaan media sosial di dalam pengajaran dan pembelajaran / Norhafizah Hashim ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Penggunaan media sosial di dalam pengajaran dan pembelajaran telah merentasi semua peringkat pendidikan daripada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi terutamanya semenjak pandemik COVID-19. Ia mengubah proses pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih fleksibel dan lebih menarik. Ia turut memudahkan komunikasi dan kolaborasi antara pelajar mahupun dalam kalangan pensyarah daripada pelbagai institusi pengajian tinggi. Selain itu juga, penggunaan media sosial juga menawarkan ruang perkongsian kepelbagaian kandungan pembelajaran yang lebih menarik, meningkatkan pembelajaran di luar bilik kuliah dan sebagainya. Namun, terdapat cabaran yang menanti dan juga etika sebagai warga digital yang perlu diberi perhatian untuk memaksimum penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98734.pdf]
Text
98734.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics