Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang berkecimpung dalam industri seni tanah air iaitu Khaty Azian. Ramai dalam kalangan masyarakat kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung tentang kewujudan artis veteran yang mempunyai bakat seni yang tinggi dan berkualiti dalam pelbagai bidang dan perlu dihargai bakat seni yang dimiliki tokoh ini. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang salah satunya tokoh yang mempunyai bakat yang hebat dalam bidang seni ini, projek sejarah lisan ini akan membincangkan atau mencungkil tentang pengalaman beliau dalam bidang lakonan dan nyanyian. Bermula dari sejarah tentang salah seorang anak seni
tanah air ini iaitu Khaty Azian, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang penglibatan tokoh dalam bidang industri seni, pencapaian, sumbangan, harapan serta isu-isu yang memerlukan pendapat beliau dalam bidang ini. Kajian ini bukan sahaja melalui Puan Khaty Azian sahaja, malah ianya juga turut diperolehi dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana kesahihan maklumat dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa akan datang dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh ini dan menghargai bakat yang dimiliki oleh beliau yang hebat di dalam bidang industri seni tanah air Malaysia.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saifuddin, Kashful Asrar 2020812748 Tohir, Nur Alia Farina 2020897554 |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, temu bual, lakonan, nyanyian |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98674 |