Profil kemiskinan di negeri Kelantan / Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman … [et al.]

Abd. Rahman, Abdullah Sudin and Wan Hasan, Wan Hasni and Wan Mamat, Wan Fauzi and Shapiin, Mohd Nor (2005) Profil kemiskinan di negeri Kelantan / Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menyingkap keseriusan fenomena kemiskinan di Kelantan dengan mengumpul profil isi rumah miskin di negeri ini. la juga mengenalpasti ciri-ciri isi rumah miskin yang mana dikatakan sebagai faktor yang menyumbang kepada kemiskinan yang dihadapi. Kajian juga melihat samada terdapat suatu hubungan yang signifikan diantara tahap kemiskinan isi rumah dengan amalan keagamaan mereka. Responden kajian ini merangkumi 460 isi rumah miskin di kesemua sepuluh jajahan di negeri Kelantan yang mana memperolehi jumlah pendapatan kurang dari Pendapatan Garis Miskin (PGM) tahun 2000, iaitu RM460 sebulan. Hasil kajian mendapati masih banyak isi rumah yang tergolong dalam kumpulan termiskin (hard­core poor) dimana jumlah pendapatan bulanan adalah kurang dari separuh PGM, iaitu RM230. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemiskinan di negeri Kelantan berkait dengan tahap pendidikan akademik yang diterima, sektor dan jenis pekerjaan yang diceburi, pemilikan hartanah serta kemudahan dan kelengkapan tempat tinggal mereka. Terdapat juga hubungan yang bererti diantara jumlah pendapatan isi rumah dengan beberapa amalan keagamaan harian yang dilakukan. Penilaian kehidupan oleh responden juga menunjukkan terdapat sejumlah isi rumah miskin dan termiskin berpuas hati dengan kehidupan mereka kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98638.pdf]
Text
98638.pdf
Download (160kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics