Abstract
Kajian ini menyingkap keseriusan fenomena kemiskinan di Kelantan dengan mengumpul profil isi rumah miskin di negeri ini. la juga mengenalpasti ciri-ciri isi rumah miskin yang mana dikatakan sebagai faktor yang menyumbang kepada kemiskinan yang dihadapi. Kajian juga melihat samada terdapat suatu hubungan yang signifikan diantara tahap kemiskinan isi rumah dengan amalan keagamaan mereka. Responden kajian ini merangkumi 460 isi rumah miskin di kesemua sepuluh jajahan di negeri Kelantan yang mana memperolehi jumlah pendapatan kurang dari Pendapatan Garis Miskin (PGM) tahun 2000, iaitu RM460 sebulan. Hasil kajian mendapati masih banyak isi rumah yang tergolong dalam kumpulan termiskin (hardcore poor) dimana jumlah pendapatan bulanan adalah kurang dari separuh PGM, iaitu RM230. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemiskinan di negeri Kelantan berkait dengan tahap pendidikan akademik yang diterima, sektor dan jenis pekerjaan yang diceburi, pemilikan hartanah serta kemudahan dan kelengkapan tempat tinggal mereka. Terdapat juga hubungan yang bererti diantara jumlah pendapatan isi rumah dengan beberapa amalan keagamaan harian yang dilakukan. Penilaian kehidupan oleh responden juga menunjukkan terdapat sejumlah isi rumah miskin dan termiskin berpuas hati dengan kehidupan mereka kini.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Rahman, Abdullah Sudin UNSPECIFIED Wan Hasan, Wan Hasni UNSPECIFIED Wan Mamat, Wan Fauzi UNSPECIFIED Shapiin, Mohd Nor UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UiTM Representative Ab. Rahman, Hussin@Mohamed UNSPECIFIED UiTM Representative Ya, Mohamad Safri UNSPECIFIED UiTM Representative Yaacob, Jusoh UNSPECIFIED UiTM Representative Safii, Napisah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Population research > Malaysia H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Poor. Poverty |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Keywords: | kemiskinan, Kelantan, Pendapatan Garis Miskin (PGM), isi rumah |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98638 |
Download
98638.pdf
Download (160kB)